browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Kembara Kemboja

Posted by on 11/02/2012

5 Hari 4 Malam

RM1,100.00

– Bayaran termasuk: makan (sarapan, tengahari dan malam), hotel 4 malam, pengangkutan (van 8-9 org, mini bas 18 -25 orang), tiket lawatan, pemandu pelancong tempatan berbahasa melayu.

-Tidak termasuk:  Tiket penerbangan pergi balik, cukai, bayaran bagasi.

 

Program:

Hari 1 – Di jemput di Phnom Penh International Airport. Daftar masuk hotel dan melawat tempat-tempat bersejarah di Phnom Penh seperti: Genocide Museum (Pusat Tahanan Pol Pot), Killing Field , membeli belah di Russian Market dan Central Market. Makan tengahari.  Solat jamak di masjid. Bergambar di Royal Palace, National Museum, Independent Monument. Makan malam dan santai di tepi Mekong River.

 

 

 

Hari 2 Sarapan di hotel, 7pagi daftar keluar hotel bertolak ke Kg Champ (4jam perjalanan). Beramah mesra dengan penduduk kampung. Solat jemaah dan makan bersama-sama penduduk kampung.  Ziarah ke rumah penduduk kampung dan menyampaikan derma (duit, barang-barang yang dibawa dari Malaysia seperti pakaian terpakai, makanan kering dll). Kampung yang dilawati sangat daif seperti Malaysia di tahun 50an.

 

Hari 3 – Sarapan pagi dirumah orang kampung, menyampaikan sumbangan derma (duit, alatulis, buku dll) ke sekolah untuk anak-anak. Bertolak ke Siam Reap (3jam perjalanan).  Tiba di Siem Reap tengahari. Daftar masuk hotel, solat jamak, makan tengahari.  Menaiki bot ke Tasik Tonle Sap, melihat kehidupan kampung terapung. Membeli belah di Old Market. Makan malam.  Santai di Pasar Malam (Night Market) dan Pub Street.

 

 

 

Hari 4 – Sarapan pagi, meneroka Angkor Wat, Bayon dan Ta Phrom.  Makan tengahari dan solat jamak, bergerak pulang ke Phnom Penh (6jam perjalanan). Makan malam, daftar masuk hotel.

 

Hari 5 – Sarapan pagi, membeli belah di Central Market (batu permata, sutera kemboja, cenderahati) dan Russian Market (English cotton, cenderahati). Makan tengahari dan solat jamak.  Pukul 2petang bergerak ke Phnom Penh International Airport.

 

906603_360414840742507_648939580_oQhalifah Travel and Tours menyediakan pakej melancong sambil menyambut Hari Raya Eidul Adha dan melakukan ibadah Qurban di Kemboja 5H4M. Sesuatu pengalaman unik yang mungkin tidak dapat ada lupakan. Betapa hidup kita di bumi Malaysia sangat mewah jika dibandingkan dengan saudara-saudara kita di Kemboja yang hanya dapat makan daging semasa Hari Raya sahaja. Harga satu bahagian lembu RM 250 sahaja, perlu dibayar 2 bulan sebelum Hari Raya Haji. Sumbangan Qurban disalurkan melalui Persatuan Amal Graduan Kemboja (CACIG). Tiada service charge dikenakan dan email / sms untuk kami hubungi anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>